Usahawan IKS Makanan Sejuk Beku fokus penting sertai Mega Halal Bangkok 2026 tembus pasaran luar negara

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Usahawan industri kecil dan sederhana yang menjual produk halal seperti makanan segera atau sejuk beku amat dijemput untuk menyertai Mega Halal Bangkok 2026 untuk memperluaskan pasaran sekaligus bawa produk Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn Bhd, Datuk Mohd Shukri Abdullah berkata pihak penganjur acara itu memang memberikan fokus kepada usahawan kecil dan sederhana dengan produk makanan dari Malaysia untuk hadir kerana ia adalah peluang yang besar memandangkan lokasi penganjurannya ialah di Thailand.

“Kita ada produk-produk yang sedia untuk dimakan, sejuk beku dan terutamanya biskut, orang Malaysia banyak menjual biskut atau kerepek dan syarikat tidak perlu bimbang soal pembungkusan.

“Ini kerana apabila ada syarikat dari luar negara akan membeli produk anda mereka akan membeli dalam jumlah yang banyak serta mereka akan membuat pembungkusan mereka sendiri, yang penting hadir dan sertai,” katanya dalam sidang media tentang Mega Halal Bangkok 2026 di ibu negara hari ini.

Sebanyak 250 gerai pempamer akan dibuka pada acara itu yang merupakan lokasi pertemuan usahawan dan usahawan ASEAN untuk perdagangan berasaskan halal.

Ia akan berlangsung dari 15 hingga 17 Julai depan di Pusat Konvensyen Kebangsaan Queen Sirikit (QSNCC) di ibu negara Thailand, Bangkok.

Beliau yang mewakili Shapers yang juga penganjur bersama berkata sehingga hari ini sebanyak 230 tempat telah diisi dan ada kira-kira 20 kekosongan lagi untuk pempamer dari Malaysia mahu menyertainya.

“Jika mahu berkunjung sebagai usahawan yang mencari produk halal, jika hubungi penganjur peniaga boleh mendapat penginapan percuma selama 2 malam di hotel di Bangkok atau 200 Baht Thailand duit untuk makan tengah hari sepanjang berada di sana,” kata Datuk Mohd Shukri.

Shapers Malaysia merupakan pengasas dan penganjur acara halal sebelum ini di negara kita seperti Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) dan Halal Fiesta Malaysia (Halfest).

Mega Halal Bangkok tahun ini adalah edisi kedua selepas edisi pertama diadakan tahun lepas juga dalam bulan Julai.

Ia dianjurkan oleh Comasia Limited dengan kerjasama Shapers Malaysia, Thailand Food Institute (NFI) dan Thai Muslim Trade Association (TMTA).

“Pameran ini dijangka menjadi antara platform perdagangan halal paling pentung dan terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Jika ada usahawan dari Malaysia mahu menyertai Mega Halal Bangkok 2026, pendaftaran boleh dibuat di laman webn www.megahalal-bangkok.com dengan harga kira-kira RM9,000 dan ada diskaun akan diberikan jika anda peniaga industri kecil dan sederhana.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat