Adun Jitra mengaku tidak bersalah, nekad perjuangkan keadilan akses masuk universiti

KUALA LUMPUR – Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah Dr Haim Hilman Abdullah bertekad terus memperjuangkan hak mendapatkan akses pendidikan tinggi secara lebih adil kepada semua pelajar.

Beliau yang berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Seremban hari ini berhubung kenyataannya berkait isu kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), tidak patah semangat memperjuangkan isu itu khususnya bagi anak keluarga kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan.

“Hari ini saya dituduh dengan perkara yang pada saya perlu terus kita bongkar kerana saya mempersoalkan polisi dan dasar kemasukan universiti yang pelbagai untuk anak bangsa kita sendiri.

“Saya akan kekal istiqamah memperjuangkan perkara ini demi keadilan pendidikan buat semua rakyat negara ini, kita perlu berusaha mengembalikan hak anak kita mendapat pendidikan dan akses universiti yang adil berdasarkan merit,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban, menurut BH di Negeri Sembilan pada Khamis.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada awam berkenaan isu kemasukan IPTA.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Jun lalu di antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas PAS Seremban di sini, yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat