KUALA LUMPUR – Jumlah penyertaan Rumah Bangsa setakat ini sudah mencecah 21,858 ahli baharu.
Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, sejak secara rasmi pendaftaran secara atas talian dibuka pada 20 April 2026, sehingga Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno 10 Jun 2026, dalam tempoh tidak sampai dua bulan, pendaftaran ahli baharu dan kemasukan kembali bekas-bekas pimpinan dan ahli-ahli parti Umno termasuk pimpinan parti Bersatu seluruh Malaysia berjumlah 21,858.
“Moga Allah berkati dan rahmati Rumah Bangsa ini yang banyak jasanya dalam mencorakkan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air sepanjang 8 dekad di persada perjuangan,” katanya.
Rumah Bangsa tidak terhad kepada usaha mengembalikan bekas ahli Umno semata-mata, sebaliknya berperanan sebagai platform terbuka untuk menarik penyertaan golongan muda.


