Parti baharu dikemudi Hamzah dipertimbang untuk sertai PN – Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbangkan kerjasama dengan parti baharu yang dijangka ditubuhkan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut Hadi, perkara itu sedang diperhalusi di peringkat gabungan berkenaan dan tidak akan menjejaskan kedudukan PN.

Ahli Parlimen Marang itu memaklumkan, Pas melihat kewujudan parti baharu tersebut sebagai sebahagian daripada dinamika politik semasa yang perlu diteliti secara menyeluruh.

“Itu akan dipertimbangkan dan tidak menjejaskan PN,” katanya ringkas dalam sidang media di Rusila, Terengganu pada Jumaat.

Kenyataan Hadi itu sekali gus memberi bayangan bahawa PN masih membuka ruang kepada kerjasama politik baharu meskipun wujud spekulasi mengenai pergolakan dalaman membabitkan beberapa parti komponen gabungan tersebut.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat