Raja pun kau nak bangsatkan, elok buat ‘rumah babi’ saja untuk puak ini – Ezam

KUALA LUMPUR – Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim Ezam Mohd Nor menegaskan tidak ada apa nak dihairankan dengan tindakan berani dan biadab segelintir pemimpin DAP memandangkan itu adalah perjuangan asal mereka.

Ezam mendakwa tindakan biadab pimpinan DAP hari ini kerana adanya pemimpin Melayu yang menjadi bangsat mempertahankan mereka demi pangkat dan harta.

“Apa nak hairan? Sejak ditubuh 1965 inilah perjuangan puak-puak ni.Hari ini dia berani dan biadab sebut lebih jelas sebab ada pemimpin-pemimpin Melayu jadi bangsat pertahan mereka demi pangkat dan harta.

“Hari ini Negara, Raja kau nak bangsatkan.

“Sibuk nak buat Rumah Bangsa. Bukankah lebih baik kamu ajak puak-puak tu sekali buat Rumah Bangsat?

“Si mamanda Perdana Menteri pula tak payah ceritala..elok buat rumah babi aje dengan puak-puak ni. Dah sanggup turun naik istana demi babi,” dakwa Ezam dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tony Pua kononnya Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tony Pua menegaskan, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat