China bawa empat juta tong minyak mentah keluar dari Selat Hormuz

SINGAPURA – Dua kapal tangki besar China yang membawa empat juta tong minyak mentah Asia Barat keluar dari Selat Hormuz pada Rabu selepas menunggu di Teluk selama lebih dua bulan, menurut data perkapalan LSEG dan Kpler.

Pengangkut Minyak Mentah Besar (VLCC) berbendera China, Yuan Gui Yang, memuatkan dua juta tong minyak mentah Basrah dari Iraq pada 27 Februari, sehari sebelum perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran bermula, menurut data berkenaan.

Kapal itu, yang disewa oleh Unipec, cabang perdagangan milik penapis minyak terbesar Asia, Sinopec, dijangka tiba di Pelabuhan Shuidong berhampiran bandar Maoming di wilayah selatan Guangdong pada 4 Jun untuk memunggah kargonya, lapor Agensi.

Sebuah lagi VLCC berbendera Hong Kong, Ocean Lily, memuatkan sejuta tong minyak mentah Al-Shaheen dari Qatar dan satu juta minyak mentah Basrah antara akhir Februari dan awal Mac.

Kapal itu, yang dimiliki oleh gergasi China Sinochem, dijangka tiba di Pelabuhan Quanzhou di wilayah Fujian timur pada 5 Jun untuk memunggah kargonya.

Sinopec dan Sinochem tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk komen.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat