Jangan kritik semberono sesama sendiri, selesai masalah secara dalaman – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) memberi amaran bahawa segala masalah dalaman parti pastinya akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan, bijaksana dan positif.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan, semua pimpinan dan ahli parti-parti anggotanya supaya tidak membuat sebarang kritikan yang tidak wajar secara semberono kepada mana-mana parti komponen PN lain sama ada melalui media mahupun sebarang saluran lain.

“Sebarang ketidakpuasan hati haruslah disalurkan kepada saluran parti masing- masing yang kemudiannya akan dibawa, dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah di dalam PN.

“PN menerusi kepimpinannya kini akan menumpukan segala usaha dan tenaga kepada isu yang lebih besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

“Segala masalah dalaman parti pastinya akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat