KUALA LUMPUR – Semua 14 Adun Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bersetuju untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan bagi memastikan kestabilan terus terpelihara.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dalam pertemuannya bersama semua wakil rakyat terbabit hari ini.
“Saya mengadakan perbincangan dengan semua 14 Adun itu untuk melihat semula bahawa dengan tidak berhajat untuk kita ‘retract’ (langkah dibuat Adun terbabit), tetapi kita mahu membetulkan persepsi bahawa mereka bukan berhasrat untuk menebuk atap atau membentuk kerajaan negeri melalui pintu belakang.
“Parti di peringkat nasional dan juga semua ADUN yang saya temui bersetuju supaya kita terus bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan supaya tidak berlaku sebarang penggugatan,” katanya menurut BH.
d Zahid berkata demikian selepas merasmikan forum Memperkasa Akses Dipercayai Merentasi Ekosistem Digital Malaysia dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) MyDigital ID di Putrajaya, pada Khamis.



