Kami bukan lembu nak diarah-arah – Akmal selar Kamil

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tidak menunggu lama untuk membalas bidasan rakan sejawatnya Ketua Pemuda PKR (AMK) Kamil Abdul Munim berkait kenyataan Umno/Barisan Nasional (BN) tebuk kapal perpaduan.

Jelas Akmal, tindakan Umno Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun bertujuan untuk memperbetul situasi yang tidak kena bukannya ingin merebut jawatan Menteri Besar.

“Bro Kamil Munim kami boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi jika ada kawan yang buat salah,kami tidak akan berdiam.

“Kami bukan lembu yang nak diarah untuk berdiam diri jika ada perkara yang perlu diperbetulkan.

“Teruskanlah (tadbir) Kerajaan Negeri Sembilan, dato Jalal (Datuk Seri Jalaluddin Alias) pun dah umum tarik sokongan dan boleh jadi pembangkang bukan soal nak jadi MB, kalau tidak boleh nak jadi kerajaan maka bubarlah kita bagi rakyat buat pilihan.

“Sepatutnya amaran kamu ni kena bagi pada ahli PKR sendiri yang hari ini menghentam presiden parti kamu. Itu sebenarnya tebuk kapal.

“Ke kamu takut bila ada PN boleh sokong BN? Tapi kalau kamu nak lawan,then bring it on bro! Sedikit pun kami tidak gentar,” tegas Akmal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat