KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan mengadakan pertemuan bagi mencari jalan keluar kepada krisis politik di Negeri Sembilan.
Pertemuan itu dihadiri Perdana Menteri merangkap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Perkara itu dikongsikan Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebooknya berserta gambar pertemuan penting itu dengan kapsyen “pertemuan berlangsung”.
Dari momen itu kelihatan suasana mesyuarat berlangsung santai dan mesra.



