Umno ‘ceraikan’ saya nampaknya macam talak 3 – MB Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mendakwa beliau telah ‘diceraikan’ Umno Negeri Sembilan apabila 14 Adun Umno- BN telah menarik balik sokongan terhadap beliau.

Pun begitu, Adun Sikamat itu tidak melatah bahkan menerima ketentuan Allah terhadapnya.

“Saya terima ketentuan Allah, apa pun keputusan selepas ini saya serah kepadq Allah.

“Bukan saya cerai, Umno ceraikan saya, nampak macam talak tiga,” katanya berseloroh pada sidang media di Seremban pada Isnin.

Mengulas berkenaan pergolakan politik di negeri pimpinanya itu, Aminuddin menyerahkan kepada keputusan pucuk pimpinan sama PH dan juga Umno untuk menentukan langkah seterusnya.

“Masing-masing ada pucuk pimpinan di peringkat atas terpulang kepada pimpinan. Saya serahkan kepada pucuk pimpinan PH.

“Di peringkat negeri saya akan jalankan tugas saya untuk pastikan negeri berjalan baik, pelaburan masuk kepada negeri, kita dalam keadaan sesuai untuk mentadbir.

“Insya-Allah saya akan kerja lebih kuat lagi,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat