Konflik AS-Iran: Malaysia perlu berpendirian jelas tanpa memihak sesiapa – Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu kekuatan negara mesti bertunjangkan kestabilan, dasar yang jelas serta keupayaan untuk bertindak dengan bijaksana.

“Malam tadi, saya turut serta dalam BN Forum Siri Ke-10 di Menara Dato’ Onn, mengikuti kupasan mengenai kesan konflik US-Iran terhadap Malaysia.

“Daripada catatan nota saya, jelas bahawa dunia hari ini semakin saling berkait. Konflik yang berlaku jauh dari kita tetap memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat daripada harga minyak, kos pengangkutan hinggalah kepada harga barangan di pasaran.

“Saya bersetuju dengan pandangan para panelis bahawa dalam situasi ini, Malaysia perlu kekal dengan pendirian yang jelas tanpa terlalu berpihak kepada mana mana pihak.

“Paling utama, kita menegaskan bahawa konflik seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana akhirnya rakyat juga yang menanggung kesannya, termasuk dalam kehidupan harian mereka,” kata Presiden Umno itu.

Zahid turut merakam penghargaan kepada semua panelis dan penganjur yang terus menyediakan ruang wacana seperti ini.

“Semoga forum ini menjadi wadah pencerahan yang meningkatkan kefahaman kita semua tentang dinamika geopolitik serta implikasinya terhadap ekonomi dan masa depan negara,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat