MoU UPNM–GTA Perkukuh Agenda Pertahanan Negara, Lonjak R&D dan Pembangunan Bakat

KUALA LUMPUR,– Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Global Turbine Asia (GTA) Sdn. Bhd. menandakan langkah konkrit kedua-dua institusi dalam merealisasikan agenda pertahanan nasional.

Kerjasama yang dimeterai itu merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama, pembangunan profesional, konsultasi kepakaran serta program kemasyarakatan yang dijangka memberi manfaat langsung kepada pelajar dan penyelidik UPNM, sekali gus memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara secara holistik.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Memorandum Persefahaman berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad, manakala pihak Global Turbine Asia (GTA) Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Nonee Ashirin Mohd Radzi.

MoU tersebut dimeterai dalam Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama/Persefahaman dan Pelancaran Produk Pertahanan di Pavilion MINDEF sempena pameran DSA & NATSEC Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Kerjasama strategik ini turut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam merapatkan jurang antara industri dan akademia dengan menggabungkan kepakaran industri GTA serta kecemerlangan akademik UPNM bagi menyokong keutamaan negara dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.

Antara fokus utama kerjasama termasuk pelaksanaan inisiatif R&D merentas sektor strategik, program pembangunan modal insan seperti latihan dan pertukaran ilmu, perkongsian kepakaran teknikal serta pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak kepada masyarakat.

Selain itu, kerjasama ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dalam merealisasikan Pelan Strategik UPNM 2025–2030 (UPNM30), yang bertujuan menjadikan universiti itu sebagai institusi premier dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan di peringkat nasional dan antarabangsa menjelang 2030.

Kolaborasi universiti-industri seperti ini dilihat sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh jaringan strategik, membangunkan modal insan pertahanan serta memperkasa ekosistem penyelidikan dan inovasi bertaraf global.- Suara TV

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat