Mahdzir cabar Sanusi namakan bekas wakil rakyat Kuala Nerang miliki tanah 300 ekar

ALOR SETAR, – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menamakan secara jelas bekas wakil rakyat Kuala Nerang yang didakwa memiliki tanah seluas 300 ekar.

Mahdzir berkata, Sanusi tidak sepatutnya membuat tuduhan umum yang boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap semua bekas wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, ketika ini terdapat enam bekas wakil rakyat Kuala Nerang yang masih hidup termasuk dirinya, Datuk Seri Ghazali, Datuk Badrul Hisham, Datuk Syed Sobri, Datuk Abdul Latif Mat Saman dan Kama Noriah.

“Sanusi sebut perkara itu sebenarnya dia tuju kepada siapa? Jangan menuduh semua orang secara umum. Ini bulan Ramadan, tidak perlulah mengata orang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan sama, Mahdzir turut menegaskan bahawa Sanusi tidak perlu mencampuri urusan dalaman UMNO, khususnya berkaitan inisiatif “Rumah Bangsa” yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menjelaskan, inisiatif tersebut bertujuan menyatupadukan bekas ahli UMNO serta menjadi platform perbincangan isu kepentingan orang Melayu seperti pendidikan, hak Bumiputera dan ekonomi.

Mahdzir juga menyifatkan kenyataan Sanusi yang mengkritik inisiatif berkenaan sebagai menunjukkan kecenderungan kepada politik sentimen kebencian dan memecah-belahkan perpaduan.

“Sebagai pemimpin dari parti yang membawa imej Islam, beliau tidak sepatutnya menyebarkan sentimen kebencian. Akhlak Islam menganjurkan penyatuan dan menolak perpecahan,” katanya.

Menurut beliau, Sanusi dilihat sengaja menimbulkan isu berkaitan UMNO bagi menutup kelemahan pentadbirannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Mahdzir turut membidas kenyataan Sanusi yang mendakwa UMNO hanya mencari orang Melayu ketika terdesak dan beralih kepada DAP ketika berkuasa.

Katanya, PAS juga pernah bekerjasama dengan DAP sebelum ini dalam Barisan Alternatif, manakala penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik negara.

Beliau menegaskan, UMNO tidak pernah bekerjasama dengan DAP dalam bentuk pakatan politik seperti yang pernah dilakukan PAS sebelum ini.

“Sanusi jangan lupa sejarah. Jangan meludah ke langit hingga terkena muka sendiri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat