Import Radzi Jidin ketuai Bersatu Melaka bukan bermaksud ketandusan pemimpin, lumpuh

KUALA LUMPUR – Bersatu Melaka tidak lumpuh dan ketandusan pemimpin walaupun Naib Presiden Datuk Radzi Jidin ‘diimport’ menjadi ketuanya bagi menggantikan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang meletak jawatan, semalam.

Ketua Bersatu Kota Melaka Hishamuddin Abdul Karim menegaskan, struktur parti kekal utuh dan sebarang dakwaan pembubaran bahagian secara unilateral tidak menjejaskan kedudukan rasmi parti.

Katanya, pelantikan Radzi sebagai ketua Bersatu Melaka sebagai langkah strategik dalam usaha memperkukuh semula saf kepimpinan parti di Melaka, selaras keperluan semasa serta cabaran politik semakin dinamik.

“Parti tidak pernah ketandusan pelapis kepimpinan atau calon.

“Kekuatan akar umbi di Melaka kekal kukuh serta berdisiplin,” menurut FMT sambil menyatakan persedian Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) berdepan PRN berjalan lancar.

Hari ini, Setiausaha Agung Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan pelantikan Radzi sebagai ketua Bersatu Melaka selepas dipersetujui Presiden Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod, Radzi adalah Ahli Parlimen Putrajaya dan naib presiden serta ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, selain turut menjalankan tugas timbalan presiden susulan pemecatan Hamzah Zainudin, 13 Feb lalu.

Bekas ketua Bersatu Melaka Dr Yadzil Yaakub bagaimanapun mempersoalkan kekuatan parti itu di negeri terbabit apabila terpaksa ‘mengimport’ Radzi untuk mengepalainya.

Beliau yang dipecat pada 12 Feb lalu berkata pimpinan pusat sering mendakwa keadaan Bersatu masih kuat di sebalik tindakan ramai pemimpin serta ahli meletak jawatan serta keluar parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat