“Ada bukti bawa ke mahkamah” – Rafizi jawab tuduhan tak pernah hentam Tun M, Tun Daim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli tampil menjawab tuduhan kononnya beliau tidak pernah lagi menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Tegas Ahli Parlimen Pandan itu, bukan tugas beliau untuk jadi penceramah yang asyik menuduh tanpa bukti.

“Ada yang kata saya tak pernah “hentam” Tun Mahathir atau Tun Daim macam dulu.

“Saya jawab terus: sebab kita dah jadi kerajaan. Bila kuasa dah ada dalam tangan, kerja kita bukan jadi penceramah yang asyik menuduh. Kerja kita ialah siasat, dakwa, dan buktikan di mahkamah.

“Kalau betul ada salah laku, saluran dia jelas. SPRM bawah kerajaan. Peguam Negara bawah kerajaan. Polis pun bawah kerajaan. Jadi buat kerja.

“Rakyat bagi mandat untuk tindakan, bukan untuk kita ulang ayat “kroni sakau” sampai berpuluh tahun tanpa penghujung,” tempelak bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Lagi satu kata Rafizi, apabila orang dah meninggal, dia tak ada ruang nak jawab.

Oleh itu ujarnya, kalau ada bukti, bawa ke mahkamah.

“Kalau tak ada, jangan jadikan tuduhan sebagai alat politik.

“Saya pun tak pernah main tuduhan rasuah sesuka hati sejak jadi menteri, bukan dekat Tun M atau Tun Daim sahaja, dekat siapa pun.

“Sebab saya percaya kerajaan tak patut guna kedudukan untuk buat “hukuman” di luar proses. Adil itu bila orang boleh lawan bukti dan jawab depan hakim, bukan bila orang kena label di pentas politik.

“Kalau ada isu, jawab dengan rekod dan tindakan. Kalau ada bukti, serahkan kepada proses siasatan dan pendakwaan. Jangan sesuka hati menuduh orang itu ejen orang ini,” bidas Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat