Arora Beauty Spa dilancar serentak di lima lokasi, tampil dengan konsep rawatan menyeluruh

Pembukaan pejabat baharu serta pelancaran serentak lima cawangan spa oleh Arora Skincare bukan sekadar perkembangan operasi perniagaan, tetapi menandakan evolusi sebuah jenama tempatan yang bermula daripada produk penjagaan kulit harian kepada ekosistem kecantikan yang lebih menyeluruh. Melalui pengenalan rangkaian Arora Beauty Spa, langkah ini dilihat sebagai usaha memperluaskan pengalaman pelanggan daripada penggunaan produk di rumah kepada rawatan profesional yang bersepadu.

Majlis pelancaran rasmi menyaksikan lima cawangan diperkenalkan serentak melibatkan lokasi di Setia Alam sebagai ibu pejabat utama, diikuti cawangan di Ipoh, Manjung serta Seberang Jaya. Pembukaan ini mencerminkan permintaan pasaran terhadap pendekatan penjagaan kulit yang bukan sahaja memberi fokus kepada produk, tetapi juga rawatan yang membantu memahami keadaan kulit secara lebih mendalam.

Sempena meraikan pembukaan lima cawangan ini, Arora Beauty Spa menawarkan baucer eksklusif bernilai RM175 untuk 100 pelanggan pertama sehingga sehingga 28 Februari ini bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba pengalaman rawatan premium dengan nilai istimewa.

Menurut pengasas Arora, Shahirra Shahrul Asmawi atau lebih dikenali sebagai Ira Shahrul, pelancaran ini merupakan satu langkah penting dalam perjalanan jenama sejak mula menembusi pasaran pada tahun 2021. Beliau menjelaskan bahawa Arora pada asalnya memberi tumpuan kepada penyediaan produk untuk rutin penjagaan harian, namun perkembangan semasa mendorong syarikat menyediakan solusi lebih lengkap.

“Hari ini kita melancarkan lima cawangan sekaligus untuk Arora Beauty Spa. Sebelum ini kita bermula dengan Arora Skincare untuk penggunaan harian, dan sekarang kita melangkah setapak ke hadapan dengan menyediakan servis facial menggunakan bahan Arora sahaja. Kami tidak mencampurkan bahan lain supaya keserasian terjamin dan mengurangkan risiko reaksi kulit.”

Pendekatan menggunakan bahan yang sama untuk rawatan spa dan penjagaan harian menjadi salah satu keunikan konsep yang dibawa. Ia bertujuan memastikan kesinambungan hasil rawatan tanpa perubahan drastik kepada rutin pengguna. Dalam masa sama, rawatan facial yang ditawarkan memberi peluang kepada pelanggan memahami keadaan kulit mereka melalui analisis dan konsultasi profesional.

Arora kini menawarkan beberapa kategori produk utama bagi memenuhi keperluan berbeza pengguna, termasuk rangkaian untuk masalah jeragat dan anti-penuaan, penjagaan asas kulit, serta siri kosmeseutikal yang menggabungkan fungsi kosmetik dan rawatan. Produk disediakan pada julat harga bermula daripada set percubaan sekitar RM65 sehingga set lengkap bernilai ratusan ringgit, memberi ruang kepada pengguna mencuba sebelum membuat komitmen lebih besar.

Pengasasnya turut menegaskan aspek keselamatan formulasi sebagai keutamaan, dengan produk melalui ujian berkaitan serta dibangunkan bersama pakar berpengalaman.

“Formulasi kami dibangunkan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan diuji melalui pelbagai proses termasuk ujian klinikal. Kami mahu pengguna yakin bahawa produk ini selamat digunakan, termasuk wanita hamil, dan pada masa sama memberi kesan yang baik kepada kulit.”

Selain pengembangan tempatan, Arora turut melihat potensi pasaran antarabangsa melalui permintaan pengguna luar negara seperti dari Singapura dan Brunei. Kehadiran pelanggan dari luar rantau ini menjadi petunjuk bahawa jenama tempatan mampu menarik perhatian pasaran global, sekaligus membuka ruang kepada pengembangan lebih luas pada masa hadapan.

Syarikat juga merancang untuk menambah bilangan cawangan bagi memudahkan akses pengguna terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

“Kami sasarkan sekurang-kurangnya sepuluh lagi cawangan tambahan dalam tempoh terdekat kerana kami mahu servis ini mudah diakses semua orang. Walaupun ada pelanggan sanggup datang dari jauh, kami mahu lebih ramai mendapat manfaat tanpa perlu bergerak terlalu jauh.”

Dalam landskap industri kecantikan yang semakin kompetitif, langkah Arora memperkenalkan rangkaian spa sendiri mencerminkan perubahan strategi jenama tempatan yang tidak lagi bergantung semata-mata pada jualan produk. Sebaliknya, pendekatan bersepadu yang menggabungkan produk, rawatan profesional dan pengalaman pelanggan dilihat sebagai model masa depan industri kecantikan.

Pembukaan pejabat baharu dan lima cawangan spa ini akhirnya menggambarkan perjalanan evolusi sebuah jenama  daripada pemain produk penjagaan kulit kepada penyedia pengalaman kecantikan menyeluruh. Ia bukan sekadar kisah pengembangan perniagaan, tetapi refleksi bagaimana kepercayaan pengguna mampu menjadi asas pertumbuhan dan membuka laluan kepada pencapaian lebih besar pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari aroraskincarehq.com.my atau whatsapp ke 017-9937769

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat