Serang rakan seperjuangan, lemahkan parti dari dalam, tegur Shahidan

KUALA LUMPUR – Tindakan mengecam rakan seperjuangan secara terbuka boleh disifatkan sebagai melanggar Perlembagaan parti serta disiplin yang telah ditetapkan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, apabila kita saling menyerang sesama sendiri, musuh tidak perlu berbuat apa-apa kerana kita sudah melemahkan parti dari dalam.

“Di negeri lain mungkin mereka boleh menentukan cara masing-masing, tetapi bagi kita, perkara seperti ini tidak boleh dilakukan kerana ia bercanggah dengan peraturan parti.

“Sebarang perbezaan pandangan dalam kalangan rakan parti seharusnya diselesaikan secara berhemah tanpa dipamerkan kepada umum melalui platform media sosial,” tegas Ahli Parlimen Arau itu.

Shahidan yang AJK Pas Pusat mengingatkan, pada masa lalu, komunikasi antara ahli dilakukan secara langsung menerusi panggilan telefon dan perbincangan tertutup yang lebih berkesan tanpa menimbulkan salah faham.

“Kalau ada perkara yang tidak dipersetujui, kita boleh bercakap secara terus. Tidak perlu dipaparkan di media sosial kerana kebanyakannya tidak membawa kebaikan, sebaliknya lebih kepada mengkritik dan mencari perhatian.

“Budaya mengejar ‘like’ dan reaksi di media sosial boleh memberi kepuasan sementara, namun hakikatnya tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat