4 tahun bertapa di rumah agam, kini ramai pemimpin ‘jadian’ turun beraksi di Melaka – Akmal

KUALA LUMPUR – Adun Merlimau Datuk Dr Akmal Saleh menyelar kelompok pemimpin ‘bermusim’ yang hanya menjelma menjelang pilihan raya sahaja.

Katanya memandangkan Melaka bakal melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, maka ramailah pemimpin ‘jadian’ didakwanya mula turun padang.

“Alhamdulilah ramai dah pemimpin ‘jadian’ mula turun di Melaka disebabkan tahun ni nak pilihan raya.

“Selama 4 tahun duduk bertapa, kini masa mereka beraksi untuk beberapa bulan sebelum pilihan raya.

“Dan pastinya bila habis pilihan raya nanti,maka mereka ini akan kembali bertapa semula dalam rumah agam mereka.

“Selamat beraksi semua ya.Insya-Allah orang Melaka pandai memilih,” bidas Ketua Pemuda Umno itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat