Bersatu pun tak boleh terima 6 MP khianat sokong Anwar, kenapa paksa Pas?

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda Pas Nazrul Nazir mempertikai tindakan Bersatu di Perlis susulan cadangan Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah untuk mengembalikan tiga bekas Adun Pas sebagai wakil rakyat walaupun mereka kekal sebagai calon bebas.

Nazrul mengingatkan Bersatu peristiwa enam Ahli Parlimen Bersatu yang isytihar sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bersatu boleh terima tak 6 MP khianat yang sokong PMX kekal di kerusi mereka?

“Kalau kamu tak boleh, kenapa di Perlis kamu paksa kami buat benda sama? soal Pemuda Pas itu.

Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menolak cadangan Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah untuk mengembalikan tiga bekas Adun parti Islam itu sebagai wakil rakyat, walaupun mereka kekal sebagai calon bebas.

Tuan Ibrahim berkata adalah pramatang untuk membincangkan perkara itu, kerana pilihan raya seterusnya masih jauh.

Isu ini tidak timbul kerana pilihan raya masih jauh. “Kami masih belum tahu siapa calonnya atau kerusi mana yang akan ditandingi,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Abu Bakar mencadangkan langkah itu, dengan alasan bahawa ketiga-tiga bekas Adun — Ridzuan Hashim (Guar Sanji), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) — masih mempunyai mandat untuk menjaga konstituen mereka.

Abu Bakar berkata kerajaan negeri Perlis berharap penyelesaian dapat dicari untuk memulihkan kestabilan politik dan menjaga kebajikan rakyat.

Walau bagaimanapun, Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mengkritik Abu Bakar atas cadangan itu, dengan mengatakan Adun Bersatu Kuala Perlis itu sepatutnya memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti politik lain.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat