Lim Guan Eng Dakwa Tindakan Terhadap Rex Tan Bersifat ‘Double Standard’

Cyberjaya – Ahli Parlimen Bagan dan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengecam tindakan pihak berkuasa terhadap bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, dan mendakwa ia boleh menimbulkan persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan terpilih (double standards) dalam penguatkuasaan undang-undang. 

Dalam hantaran di Facebook, Lim berkata Rex Tan tidak sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang yang berat hanya kerana soalan yang dibangkitkan dalam sebuah syarahan awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” di Kuala Lumpur. 

Rex ditahan dan direman sehari di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan kini turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

Lim berkata tindakan itu amat berbeza dengan cara pihak berkuasa menangani satu lagi kes yang melibatkan kenyataan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, yang sebelum ini memuat naik catatan di Facebook bertajuk “Learning from the history of Palestine: Let us not repeat the same mistake”. 

Menurut beliau, Ahmad Marzuk dilihat “secara implisit menggambarkan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai ancaman kepada kepentingan Melayu-Islam”, tetapi beliau tidak dikenakan tindakan undang-undang yang sama.

Lim mempersoalkan mengapa Ahmad Marzuk tidak menghadapi sebarang tindakan sedangkan Rex, yang telah memohon maaf secara terbuka serta menegaskan bahawa beliau tidak berniat membandingkan keadaan masyarakat Cina Malaysia dengan rakyat Palestin, bukan sahaja ditahan tetapi turut kehilangan pekerjaan. 

“Ini akan menyukarkan penyokong kerajaan untuk menangkis kritikan bahawa terdapat standard berganda dalam layanan terhadap Rex Tan dan Ahmad Marzuk,” katanya dalam hantaran itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat