Beri peluang Pas kemudi PN, kita mara ke Putrajaya – Fadhli

KUALA LUMPUR – Pas meminta restu dan peluang untuk mengemudi Perikatan Nasional (PN) selepas pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari memberi keyakinan bahawa Pas akan memandu PN untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Alhamdulillah satu keputusan yang cukup baik dari mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang menerima dengan terbuka hasrat Tan Sri Muhyiddin untuk berundur daripada posisi Pengerusi PN.

“PN Insya-Allah akan bergerak ke hadapan.

“Berikan Pas peluang untuk mengemudi teraju PN menghadapi PRU16. Kita bangkit mara ke Putrajaya.

Malam tadi, MPT Bersatu telah membuat ketetapan menghormati keputusan Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Difahamkan, langkah seterusnya ialah Timbalan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan dijangka akan memanggil Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN untuk memutuskan pelantikan pengerusi yang baharu selaras dengan surat yang telah dikeluarkan oleh Presiden Pas kepada semua ketua parti anggota PN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat