“Tak kisah dikritik, tapi ini prinsip saya”- Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan, kritikan dan prinsip itu adalah dua perkara berbeza.

Akmal memberitahu selama ini juga beliau sering berdepan kritikan namun itu bukan masalahnya baginya bahkan terus bangun melawan.

“Kritikan dan prinsip dua perkara berbeza.

“Jika kritikan selama ini pun saya dikritik dan saya tidak ada masalah malah saya melawan lagi.

“Tetapi prinsip saya tidak akan pernah berganjak walau seinci, itu bezanya,” jelas Exco Melaka itu.

Sebelum itu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perselisihan pandangan dan kritikan dalam parti merupakan sebahagian daripada realiti perjuangan politik.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memberi bayangan kemungkinan meletak jawatan, menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Rabu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya sendiri pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno, ini lumrahnya iaitu ada idealisme yang berlainan.

“Namun jika berlaku perbezaan pandangan dan menerima komen, kita harus terima itu sebagai meraikan perbezaan pendapat atau Adab al-Ikhtilaf.

“Kalau selama ini kita kerap memberikan komen dan kritik orang, jadi apabila orang kritik kita pula, kita kena terima.

“Jangan pula labelkan orang itu tidak demokratik atau tidak menerima hakikat, tidak wajar ambil jalan singkat, ini perjuangan politik,” jelas Pengerusi BN itu.

Tambah Zahid, idealisme Pemuda Umno perlu terus diperjuangkan walaupun cadangan atau saranan tidak diterima sepenuhnya, memetik contoh karier politik beliau sendiri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat