KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan mengalami patah tulang pinggul kanan impak daripada inseiden terjatuh di kediamannya pada pagi Selasa.
Maklumat itu dikongsikan oleh Setiausaha Akhbar beliau Sufi Yusoff.
“Selepas pemeriksaan perubatan telah disahkan bahawa Tun (Mahathir) mengalami patah tulang pinggul kanan.
“Tun dijangka dimasukkan untuk beberapa minggu akan datang untuk rawatan dan pemerhatian,” maklum Sufi dalam kumpulan WhatsApp.
Untuk rekod Sufi memberitahu, Tun telah terjatuh awal pagi tadi kira-kira 7.30 pagi di rumahnya.
Beliau dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan sedar dan dimasukkan ke pusat rawatan itu kira-kira jam 9.30 pagi.



