Nilai dulu tersurat, tersirat pelawaan Sanusi usah terburu-buru – Umno Kedah

KUALA LUMPUR – Umno Kedah yakin sebarang keputusan politik perlu dinilai secara lebih strategik, tenang dan tidak terburu-buru.

Ketua Penerangan Umno Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengingatkan, sebarang
keputusan politik yang berlandaskan emosi akan mengundang kepada kerapuhan dan bersifat sementara.

Justeru kata beliau, Umno Kedah berpandangan sebarang bentu kerjasama politik harus diberi pertimbangan teliti, objektif berdasarkan pengalaman yang lalu.

Namun menurut beliau, kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor perlu dilihat dengan optik yang mendalam dan bentuk tersurat dan tersirat.

“Kenyataan Sanusi mengikut laporan media langsung tidak mengalu-alukan sebarang kerjasama intra parti, namun lebih bersifat ingin memancing dan mengambil kesempatan diatas perkembangan politik semasa,” dakwa Shaiful Hazizy.

Menurut beliau kerjasama baru perlu diperbaharui dengan semangat yang segar dan menang-menang.

“Umno Kedah yakin, Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) terbuka dan mampu membuat penilaian dalam apa jua cadangan dalam kembali mewujudkan apa jua pakatan politik demi survival dan kestabilan parti.

“Namun ahli parti perlu lebih tenang dan perlu menilai sebarang bentuk kerjasama politik dengan lebih objektif dan berdaya tahan,” saran beliau.

Shaiful Hazizy berkata, sekiranya ada pun perbincangan untuk mengembalikan Muafakat Nasional (MN) “baru” ianya haruslah bersifat menyeluruh, bertunjangkan perpaduan Melayu tanpa meminggirkan hak-hak kaum yang lain serta membenarkan perbedaan pandangan yang sihat dan konstruktif.

Beliau menegaskan, Umno dan BN harus kekal sebagi sebuah “koalisi” yang selesa didampingi serta menjadi asas perlindungan terhadap kaum-kaum yg lain sejak sekian lama.

“Umno Kedah menyambut baik sebarang usaha memperkukuh ukwah dan mengangkat kewibawaan bangsa Melayu dan agama.

“Umno Kedah masih percaya akan kepentingan silaturrahim dan pergaulan sosial yang sihat tanpa mengira sentimen dan fahaman politik tertentu,” katanya.

Terdahulu, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, menyatakan komitmen menghidupkan semula semangat MN dan mengajak ahli serta penyokong Umno bekerjasama menjelang PRU16 bagi memperkukuh perpaduan ummah dan menjamin kestabilan politik negara.

Menteri Besar Kedah itu berkata, Pas sentiasa terbuka menerima sokongan ahli Umno yang ingin bersama perjuangan parti itu, walaupun mereka masih berada dalam struktur dan organisasi Umno.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat