Musim hujung tahun di Sunway Pyramid kali ini terasa lebih segar dengan kehadiran sebuah booth pameran yang menampilkan gaya hidup moden dan praktikal. Di sinilah Sudio, jenama audio dari Sweden, kembali mengukuhkan kehadirannya di Malaysia, sambil bergandingan dengan kemunculan rasmi pertama Subtle, jenama beg urban dari Hong Kong. Gabungan dua jenama ini bukan sekadar pelancaran produk, tetapi mencerminkan gaya hidup generasi muda yang aktif, praktikal, dan bergaya.
Gabungan ini sesuai dengan perubahan cara anak muda memilih produk mereka mahukan barang yang bukan sahaja kelihatan bergaya tetapi juga benar-benar digunakan dalam kehidupan seharian. Booth pameran bertemakan “The Joy of Giving, Elevated” ini memberi pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif, di mana pengunjung boleh melihat, memegang, mencuba, dan benar-benar merasai produk sebelum membuat keputusan.

Bagi Sudio, misi utama adalah menyediakan audio berkualiti tinggi pada harga mesra pengguna tanpa mengorbankan identiti jenama. Produk mereka mengekalkan estetika Scandinavian minimalis yang bersih dan ergonomik. Casing fon telinga diinspirasikan daripada bentuk batu kerikil, selesa dipegang dan mudah dibawa ke mana sahaja. Model seperti Sudio N3 Pro hadir dengan ciri Active Noise Cancellation dan bateri tahan lama, sesuai untuk gaya hidup “day-to-night” generasi muda yang sentiasa bergerak. Selain itu, headphone R4 dan speaker siri F4, F5, F5 Pro direka untuk memberi pengalaman audio yang penuh bass dan padat, tetapi dengan harga yang jauh lebih kompetitif berbanding jenama besar lain.
Sementara itu, Subtle menampilkan beg yang selari dengan gaya hidup urban. Beg-beg ini direka untuk tahan cuaca, tahan lasak dan cukup fleksibel untuk kegunaan harian. Material nilon berkepadatan tinggi yang kalis air menjadikan Subtle pilihan logik untuk cuaca tropika Malaysia. Reka bentuk dalaman yang bijak memudahkan penyusunan barang harian seperti telefon, dompet, kabel dan aksesori kecil tanpa rasa sesak. Beberapa model turut mengambil kira keperluan seperti ruang untuk botol minuman atau payung. Model seperti Fastpack Sling Bag menjadi kegemaran ramai kerana saiznya kompak tetapi muat cukup barang, ringan dan selesa dipakai sepanjang hari.

Apa yang membuatkan Subtle mudah diterima ialah rekaan yang tidak terlalu formal tetapi tetap bergaya. Beg yang sama boleh dibawa ke pejabat kasual, ke kelas, ke kafe, atau aktiviti hujung minggu tanpa perlu menukar beg. Fleksibiliti ini menjadikannya pilihan ideal untuk generasi muda yang aktif dan dinamik.
Gabungan Sudio dan Subtle membentuk satu naratif gaya hidup yang lengkap: fon telinga yang menyokong muzik dan fokus, beg yang serbaguna dan bergaya. Ia bukan soal menunjuk jenama, tetapi tentang memilih produk yang benar-benar selari dengan cara hidup sendiri.
Booth pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba dan merasai produk secara langsung. Audio boleh didengar untuk menilai kualiti, manakala beg boleh disentuh serta dipakai untuk memahami fungsi dan keselesaan sebenar. Pengalaman fizikal seperti ini semakin penting dalam dunia yang kini banyak bergantung kepada pembelian atas talian.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati promosi perayaan eksklusif yang berlangsung dari 22 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026. Pelanggan yang membeli satu item layak menerima diskaun 10%, manakala pembelian dua item atau lebih mendapat diskaun 20% ke atas jumlah pembelian. Bagi peminat Subtle, setiap pembelian juga hadir dengan pembalut reben percuma untuk menjadikan hadiah lebih sempurna. Lebih menarik, pelanggan yang berbelanja minimum RM300 dalam satu resit berpeluang menyertai cabutan bertuah perayaan, di mana mereka boleh memenangi hadiah premium yang disediakan. Promosi ini menjadikan pengalaman membeli-belah di booth pameran lebih menyeronokkan dan berbaloi.
Lebih daripada sekadar acara hujung tahun, kehadiran Sudio dan Subtle melalui booth pameran ini menandakan satu hala tuju baharu dalam landskap gaya hidup tempatan. Ia selari dengan kecenderungan generasi muda yang semakin menghargai fungsi, kualiti, kesederhanaan dan identiti, sambil menunjukkan bahawa gaya hidup moden boleh digabungkan dengan estetika dan praktikaliti tanpa kompromi. Dalam kesibukan kota dan rutin yang pantas, kedua-dua jenama ini menawarkan solusi yang relevan dan bergaya hadiah dan aksesori yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi benar-benar digunakan setiap hari.



