Bee Yin, Kian Ming disaran cuti akhir tahun demi selamatkan DAP

KUALA LUMPUR- Veteran DAP Datuk Teng Chang Khim menyeru dua pemimpin muda DAP ‘menikmati’ cuti akhir tahun.

Saranan bekas Exco Selangor itu menyusul selepas kenyataan kontroversi yang diterbitkan Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin dan
bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming terkait keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang tidak membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

“Yeo Bee Yin dan Ong Kian Ming patut bercuti pada akhir tahun untuk mengelakkan kontroversi dan menyelamatkan parti daripada masalah,” cadang Chang Khim.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin memuat naik satu hantaran “satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini,” dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan titah addendum untuk membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Pada Selasa, Ong Kian Ming berkata, sudah tiba masanya membuka perbincangan serius mengenai kemungkinan pemberian pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara kerana kes rasuah.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu mengimbas kembali kenyataannya dua tahun lalu bahawa pengampunan penuh untuk Najib adalah ‘garisan merah’ bagi DAP.

“Lebih dua tahun berlalu, terutamanya selepas pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) diberikan kepada timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, saya kurang pasti lagi mengenai ‘garisan merah’ itu,” katanya dalam kenyataan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat