Tiada masa bulan madu buat Kabinet baru Madani, kerja keras jika mahu kekal selepas PRU16

KUALA LUMPUR – Kabinet baru Kerajaan Madani cuma ada baki 2 tahun sahaja lagi untuk memikul amanah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mengingatkan, barisan Kabinet ini mesti berprestasi tinggi jika mahu kekal selepas PRU ke-16.

“Ada baiknya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim letak pengukur prestasi utama (KPI) kepada semua menteri.

“Beri mereka tempoh 100 hari untuk membuktikan prestasi. Setiap Menteri mesti ada benda baru dan transformasi yang dilakukan. Ia penanda aras sama ada perubahan berlaku,” saran beliau.

Puad menyatakan, adalah bagus jika menteri-menteri bersaing sesama mereka.

“Bersaing untuk jaga nama baik parti masing masing.

“Ini persaingan sehat. Ini memudahkan rakyat menilai parti mana yang serius bekerja untuk rakyat.

“Tiada masa berbulan madu,” tegas Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat