Hannah Calon Sesuai Terajui Wilayah Persekutuan – Fahmi

Cyberjaya – Pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) disifatkan mampu membawa pendekatan baharu dalam pengurusan dan pembangunan wilayah berkenaan, khususnya dari sudut kelestarian dan kebajikan rakyat.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, pengalaman luas Hannah Yeoh dalam pentadbiran kerajaan serta penggubalan dasar awam menjadikan beliau calon yang sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Menurut Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, keutamaan Hannah Yeoh dijangka tertumpu kepada usaha memperkukuh pembangunan lestari di Wilayah Persekutuan, selari dengan keperluan bandar yang semakin kompleks.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Fahmi turut menekankan bahawa beliau mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Hannah Yeoh sebelum ini dan menyifatkan Ahli Parlimen Segambut itu sebagai pemimpin yang konsisten memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sebelum ini, Hannah Yeoh memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, di mana beliau terlibat dalam pelaksanaan dasar pembangunan belia, pemerkasaan sukan akar umbi serta kebajikan atlet, termasuk aspek sokongan pasca-kerjaya.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta mencatat sejarah sebagai Speaker wanita pertama Dewan Undangan Negeri Selangor, memperkukuh lagi kredibilitinya dalam aspek tadbir urus dan pentadbiran.

Pelantikan Hannah Yeoh adalah sebahagian daripada rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan beliau menggantikan Dr Zaliha Mustafa bagi portfolio Wilayah Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat