Kerajaan Akan Perkemas Undang-Undang Bezakan Perasuah dan Pemberi Maklumat

Kerajaan akan memperkemas kerangka perundangan sedia ada bagi memperjelas perbezaan antara perasuah dan pemberi maklumat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, langkah tersebut penting bagi memastikan perlindungan sewajarnya dapat diberikan kepada pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik, di samping menutup ruang kepada pihak yang melakukan jenayah daripada berselindung di sebalik status pemberi maklumat.

Anwar berkata, kejelasan dalam aspek perundangan itu juga bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat agar perasuah tidak disalah anggap sebagai pemberi maklumat.

“Usaha ini penting bagi menegakkan prinsip keadilan dan integriti dalam tadbir urus negara,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan komited untuk memperkukuh sistem tadbir urus yang telus serta memastikan undang-undang tidak dimanipulasi oleh pihak berkepentingan bagi mengelak tindakan undang-undang.

Langkah berkenaan dijangka dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap mekanisme pendedahan salah laku, sekali gus menggalakkan budaya integriti dalam sektor awam dan swasta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat