PRK Kinabatangan, Lamag 24 Jan 2026

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sabah akan diadakan pada 24 Jan 2026.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Jan 2026 dan pengundian awal pada 20 Jan 2026.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Dis 2025, kurang seminggu selepas beliau dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Adun Lamag.

Ahli politik berusia 66 tahun itu mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti tipis hanya 153 undi dalam PRN Sabah bulan lalu.

Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal.

Pada PRU 2022, Bung mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti selesa 4,330 undi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat