KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menjangkakan sekiranya MIC tersenarai dalam rombakan Kabinet mungkin akan mengubah pendirian Presiden parti itu, Tan Sri S. Vigneswaran.
Menurut Puad, jika MIC tersenarai membarisi Kabinet mungkin Vigneswaran tidak lagi mengubah haluan dan pendirian parti itu.
“MIC sebenarnya di empat persimpangan. Pertama permohonan masuk balik PN (readmission) sudah dibuat.
“Kedua, Perhimpunan Agung MIC juga sebulat suara setuju MIC keluar BN. Ketiga buat U-Turn kekal dalam BN.
“Keempat menunggu peluang sertai PH. Itu sebab masih teragak agak buat keputusan. Semuanya itu ikut cita rasa Presiden MIC.
“Besok rombakan Kabinet jangka diumum. Apakah MIC dalam senarai. Jika tersenarai Vigneswaran tidak lagi “malam cakap lain, siang cakap lain”, duga Puad.



