Tindakan Umno, Anwar biarkan Dr Akmal ‘meliar’ jadi punca pengundi Cina alami luka kepercayaan – Rafizi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa ‘amukan’ Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh membabitkan isu sensitif menjadi punca kepada luka kepercayaan di kalangan pengundi Cina.

Bekas Menteri Ekonomi itu mendedahkan sewaktu dalam Kabinet beliau tidak dibenarkan mengulas isu provokasi melibatkan kaum Cina dan Ketua Pemuda Umno itu kerana dianggap menggoncang kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“Masa masih jadi Menteri dulu, banyak benda kami terpaksa telan. Saya cerita terus terang pasal satu benda yang saya rasa kerajaan silap baca dari awal ialah cara kita biarkan episod Dr Akmal Saleh ni “meliar” sejak dua tahun lepas.

“Daripada isu stoking, bendera, sampai nada perkauman, semua itu memberi signal yang sangat salah kepada pengundi Cina. Mereka fikir macam ini lebih kurang -“kami undi kamu, paling kurang bila kami kena hentam, kamu kena berdiri depan dan bela kami. Tapi senyap. Semua orang buat tak nampak.

“Kami yang menteri tak boleh nak komen. Karena kalau kami komen, kita kena marah. Karena dia kira ini menggoncang kestabilan kerajaan. Kerena bila nampak menteri bergaduh dengan menteri parti lain. Jadi akhirnya semua diserahkan kepada Perdana Menteri. I think the damage is done dan damage yang paling besar sebenarnya 2 tahun lepas.

“Bermula dengan Dr Akmal Saleh ni. Bila Dr. Akmal Saleh, you know…meliar, mengamuk ni kan. Pasal satu isu ke satu isu, daripada soal stokin, kemudian soal bendera. Bayangkan kalau kita pengundi Cina. Kita akan rasa, Kami undi kamu paling kurang untuk kamu bela kamilah. Tolak tepilah soal cukai lah, soal ni semuanya. Soal tu bela kan. Korang tak bela dia langsung dan dia akan fikir macam mana Perdana Menteri tidak boleh mendisiplinkan seorang budak itu? kata Rafizi.

Tambah Rafizi, kalau dinilai Dr Akmal memang purposely buat macam itu.

“Sebab dia mendapat sokongan balik. Saya rasa itu juga strategi Umno dan impak daripada itu Umno kuat sikit demi sikit.

“Pimpinan Umno di Kabinet akan cakap, oh kami tak boleh nak kawal dia lah. Itulah saya tak percaya lah. Saya rasa itu memang strategi Umno.

“Umno purposely melepaskan Dr Akmal ni, mengamuk dekat bawah. Tapi di depan dalam kerajaan dia (tenang) dan itulah bacaan Anwar Ibrahim yang salah.

“Memang slowly sokongan kembali kepada Umno, itulah dia. Orang akan cakap itulah Umno sebenar yang telah hilang wajah selama ni.

“Saya tak yakinlah sebenarnya, kalau Umno kata dia tak boleh ambil tindakan. Saya rasa itu memang strategi Umno lah,” ujar Ahli Parlimen Pandan itu dalam podcastnya.

Menurut bekas Timbalan Presiden PKR itu lagi, Datuk Seri Anwar pula, sebagai ketua Kerajaan Perpaduan, nampak terlalu berhati-hati nak menegur.

“Apa-apa pun dikira dari sudut macam mana nak jaga kedudukan Perdana Menteri.

“Bila macam tu, mesej yang sampai kepada pengundi ialah: jawatan lebih penting daripada prinsip.

“Pendek kata: saya rasa “damage is done”.

“Walaupun selepas itu kita betulkan soal cukai, e-invois dan lain-lain, luka kepercayaan, terutama dalam kalangan pengundi Cina, bukan senang nak sembuh,” tegas Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat