Trump kagum kecekapan pasukan keselamatan Malaysia, mahu jumpa Ketua Polis Negara – Anwar

KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lalu terutama berkaitan aspek keselamatan mendapat pujian pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kekaguman Trump terhadap keupayaan pasukan keselamatan negara dinyatakan pada lawatan rasmi Presiden AS itu ke Malaysia ketika penganjuran sidang kemuncak berkenaan.

Malah, Presiden AS menyatakan hasratnya untuk bertemu sendiri dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagi menyampaikan penghargaannya secara peribadi.

“Kejayaan pasukan kita keseluruhannya termasuk pasukan keamanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan kecekapan masa lawatan Presiden AS, Premier China (Li Qiang) menyebabkan mereka kagum dengan kecekapan (menjaga keamanan dan keselamatan).

“Saya (masih) ingat, Presiden Trump minta kebenaran nak jumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan,” lapor BH pada Khamis di Cyberjaya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat