ASEAN pantau janji keamanan Trump buat Gaza pastikan bukan retorik politik – Anwar

KUALA LUMPUR – ASEAN mengalu-alukan pelan komprehensif perjanjian damai di Gaza yang menjadi asas penting untuk menghentikan jenayah kemanusiaan di wilayah bergolak itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala usaha yang dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mesti dikawal selia bagi memastikan janji keamanan bukan sekadar retorik politik.

“Usaha ini mesti diteruskan dan dipantau rapi supaya wujud keamanan berkekalan, penyelesaian politik inklusif, adil serta lestari demi Palestin,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.

Trump sebelum ini mengumumkan Pelan 20 perkara bagi menamatkan perang di Gaza yang berlanjutan sejak dua tahun lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat