Trump disanjung dunia Arab meski bunuh Palestin, bangkitlah umat Islam – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah mempersoalkan tindakan negara Arab menyanjung Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meskipun beliau dalang di sebalik pembunuhsn rakyat Palestin.

Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru umat Islam bangkit daripada dan menyedari kekejaman yang dilakukan Trump dan Zionis Israel.

“Apabila Hitler membunuh orang Yahudi, seluruh dunia bangkit menentang. Lahirlah istilah anti-semitism. Tetapi bila Donald Trump, yang mengaku memberi senjata kepada Israel, yang diguna untuk membunuh lebih 70,000 rakyat Palestin termasuk puluhan ribu kanak-kanak, dia disanjung.

“Yang paling pelik, yang memuji itu bukan orang Barat. Yang memuji Trump itu negara Islam. Yang bersorak itu bangsa Arab. Hitler dibenci Eropah kerana membunuh Yahudi. Trump disanjung Arab walaupun membunuh Palestin.

“Trump takut ke Eropah kerana rakyat di sana sudah muak dengan kekejaman. Tapi dia selesa ke dunia Arab, kerana tiada siapa berani bersuara. Itulah dunia hari ini,” keluh Mat Sabu.

Kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, yang membunuh disanjung manakala yang dizalimi dilupakan.

“Umat Islam, bangkitlah dari lena,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat