‘Saya satu-satunya pengubah wang haram pulangkan semula wang’ – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan beliau satu-satunya ahli politik’ ataupengubah wang haram dalam sejarah’ yang memulangkan semula wang suapan AS$620 juta kepada akaun asal selepas mendapat kelulusan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM).

Bekas Perdana Menteri berkata, sebelum pemulangan wang dilakukan beliau terlebih dahulu menulis surat kepada Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi memaklumkan perkara tersebut.

Ujar Najib, beliau bertindak memulangkan jumlah tersebut meskipun keseluruhan AS$681 juta yang digembar-gemburkan oleh pihak media ketika itu masih belum dapat dibuktikan dan dikesan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya memulangkan wang itu (AS$620 juta) kerana dana itu tidak lagi diperlukan. Barangkali saya juga yang pertama dalam sejarah yang telah memberikan notis terhadap wang ‘haram’ itu kepada Gabenor BNM sendiri,” ujar beliau lapor MalaysiaGazette di Putrajaya pada Selasa.

Bekas Perdana Menteri menyatakan demikian dalam kata pengantar sebelum pihak pembelaan mengemukakan hujahan lisan dalam kes penyelewangan dana 1MDB yang bermula hari ini.

Najib sedang dibicarakan atas empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Beliau selanjutnya menyatakan, penelitian terperinci terhadap keseluruhan bukti jelas menunjukkan bahawa pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan ‘dengar cakap’.

Katanya, pihak pendakwaan bahkan tidak memenuhi prasyarat asas bagi penerimaan keterangan `dengar cakap’ yang bersifat prejudis, tiada sebarang usaha pun dibuktikan dalam usaha mereka untuk mencari mana-mana saksi penting terutamanya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Setakat rekod yang ada, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sekali pun menyebut adanya percubaan untuk mengesan mereka sebelum memohon mahkamah ini membuat penentuan bahawa mereka sememang tidak dapat ditemukan,” ujarnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kini mendengar penghujahan lisan oleh pihak pembelaan.

Mengikut pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat