Belanjawan 2026 ibarat ‘katalog’ semua indah saja tanpa penyelesaian sebenar – ketua pembangkang

KUALA LUMPUR – Kerajaan membentangkan satu belanjawan yang sarat dengan angka-angka indah, seolah-olah semuanya baik-baik sahaja, tanpa penyelesaian sebenar kepada cabaran ekonomi semasa, terutamanya kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Belanjawan 2026 yang sepatutnya menjadi lembaran pertama kepada rancangan 5 tahun Rancangan Malaysia Ketiga-Belas, kini dilihat seolah-seolah sebuah “katalog”.

“Seharusnya Belanjawan 2026 merupakan peluang keemasan untuk kerajaan mengatur semula (reset) kerangka ekonomi negara, bukan hanya sekadar cadangan untuk bertahan, tetapi untuk menyediakan landasan yang kukuh bagi bagi melonjakkan keberhasilan negara.

“Seperti tahun-tahun lalu, Perikatan Nasional(PN) tampil bukan sekadar mengkritik, tetapi menawarkan kebijakan ekonomi yang lebih baik berpaksikan kepada prinsip keadilan, kejujuran dan kebertanggungjawaban,” tegas Hamzah.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, PN percaya sebelum
mahu membina sesuatu yang lebih baik, kita mesti berani membetulkan apa yang pincang.

“Sebelum kita mampu menambahkan hasil, kita mesti menyalakan semula api keyakinan.

“Sebelum negara dapat mengecapi kemajuan, kesempitan hidup rakyat mesti dilegakan,” saran beliau.

Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu, berkata Belanjawan 2026 yang dibentangkan harus berpaksikan kejujuran dan keberanian untuk membetulkan kesilapan, bukan menutup permasalahan pokok dengan perkataan dan angka persembahan.

“Inilah naratif ekonomi Perikatan Nasional dalam membahaskan Belanjawan 2026 iaitu “Membetulkan Struktur, Menyemarakkan Ekonomi dan Melegakan Rakyat,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat