MEROTAI – Umno Kalabakan memberi isyarat akan menyokong pencalonan Datuk Ruji Ubi sebagai calon DUN Merotai dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 November ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Kalabakan Misbahuddin Muhammad, jentera Umno di sini akan membantu memenangkan Ruji kali ini.
“Untuk bantuan kepada Datuk Ruji sebenarnya kita dapat arahan daripada pucuk pimpinan dan media pun sudah uar-uarkan BN akan bersama-sama dengan PH.
“Atas sebab itu untuk di DUN Merotai ini jentera Umno -BN akan menyokong penuh kepimpinan Datuk Ruji.
“Insya-Allah semua jentera BN akan bantu memenangkan Datuk Ruji untuk PRN kali ini,” jamin beliau.
Misbahuddin percaya penduduk Merotai akan mendapat manfaat pembangunan lebih baik jika mendapat pemimpin berkaliber seperti Ruji.
“Insya-Allah saya nampak dari segi kepimpinan Datuk Ruji ini sebenaranya banyak kelebihan dia sebab dia lama di kementerian, jadi KSU…dia ada banyak pengalaman di Persekutuan.
“Saya ingat dari segi kemajuan untuk DUN Merotai ini kelebihanlah untuk di, bila dia dapat jadi wakil rakyat di DUN Merotai ini.
“Untung pengundi-pengundi DUN Merotai ini dapat calon yang berkaliber macam Datuk Ruji,” katanya.
Misbahuddin berkata demikian ketika ditemui oleh SuaraTV semasa program Bakul Makanan BN bersama penduduk Ladang Table.
Ladang Table dan beberapa ladang lain sekitar sering dianggap sebagai ‘wilayah UMNO-BN’ kerana menjadi kubut kuat parti itu sejak sejak beberapa penggal lalu.
“Ini kali pertama ‘wilayah BN’ memberi sokongan kepada PH dalam pilihan raya,” ucap Misbahhuddin.



