SPNB bina 74,138 unit Rumah Mesra Rakyat di seluruh negara

Oleh Zihan Zari

KULIM – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah berjaya membina sebanyak 74,138 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara dan meneruskan komitmennya dalam menyediakan perumahan berkualiti dan mampan kepada rakyat.

Kerajaan akan sentiasa menyokong usaha SPNB dalam memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang memiliki kediaman sendiri yang selesa, kata Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai.

Ming Kai berkata, RMR adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah RMR Parlimen Kulim – Bandar Baharu di GM 124 Lot 1728, Kg. Badlishah, Mukim Terap, dekat sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi SPNB, Dato’ Prof .Dr. Mohd Azmi Mohd Lila; dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Ar. Hj. Mohd Jamil Haji ldris.

Terdahulu, Pengerusi SPNB, Dato’ Prof .Dr. Mohd Azmi Mohd Lila berkata, melalui program unggul RMR dapat membantu menyediakan rumah mampu milik kepada golongan B40 memiliki rumah sendiri selesa dan berkualiti.

Beliau berkata, SPNB berbangga dengan pencapaian program perumahan RMR di Kedah.

Sehingga 31 September 2025, SPNB telah berjaya menyiapkan sebanyak 6,927 unit RMR dan 114 selebihnya dalam proses perlaksanaan. Bagi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pula sebanyak 295 unit siap dibina.

Katanya, spesifikasi RMR mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, berkeluasan 750 kaki persegi dengan harga RM75,000.

“Subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 diberikan kepada pemohon dan bakinya sebanyak RM55,000 iaitu pinjaman tanpa faedah serta bayaran RM300 sebulan yang perlu dibayar selama 16 tahun.

“Maklumat lanjut syarat dan kelayakan untuk memohon RMR boleh diperolehi melalui www.spnb.com.my atau di pejabat SPNB negeri dan SPNB tidak melantik pihak ketiga,”katanya lagi.

Ujarnya, SPNB sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan penyediaan projek-projek perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberikan keutamaan dalam memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia Madani.

Untuk rekod, SPNB adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) di bawah pengurusan KPKT yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara (DRN) .-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat