Kadar keberhutangan negara ‘nyawa-nyawa ikan’, perbelanjaan toksik dikhuatiri melonjak – Rafizi

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani dikhuatiri tidak mampu menambahbaik kedudukan hutang negara yang sentiasa nyawa-nyawa ikan memandangkan terlalu dekat dengan had 65 peratus.

Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kaedah dan pendekatan sekarang yang mahu berdikit-dikit kerana takut dikritik.

“Sementara baik untuk populariti kerajaan, adalah tidak baik untuk negara.

“Adalah malang sekiranya di akhir penggal pentadbiran ini, kadar keberhutangan negara kekal tinggi melebihi paras 60 peratus kerana ia meneruskan amalan pentadbiran terdahulu
yang mula melanggar garis asal 55 peratus yang dipinda,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2026 semalam.

Paling membimbangkan menurut bekas Menteri Ekonomi itu, setelah segala perkara dilaksanakan, perbelanjaan yang paling toksik, iaitu bayaran khidmat hutang terus
melonjak.

“Daripada RM6 bilion pertambahan bersih belanja mengurus kerajaan, dua pertiga disumbangkan oleh pertambahan bayaran faedah hutang, iaitu RM4 bilion.

“Tahun depan, jumlah faedah hutang yang perlu dibayar ialah RM58.3bilion berbanding RM54.3bilion bagi 2025.

“Bagi setiap RM1 pertambahan belanja mengurus kerajaan, 67 sen adalah untuk membayar faedah hutang,” ujar beliau.

Dalam pada itu Rafizi berkata lagi, apa yang paling beliau terkilan adalah begini: bila dibandingkan jumlah bayaran faedah hutang setiap tahun dengan jumlah yang disalurkan
untuk membantu kehidupan harian rakyat, iaitu belanja bantuan sosial dan subsidi, bagi 2026, kerajaan akan berbelanja RM49 bilion, kurang RM8 bilion berbanding 2025.

“Jika kita bandingkan belanja bayar faedah hutang dan yang dibelanjakan untuk membantu rakyat, kita wajar bermuhasabah dengan nisbah-nisbah ini: Bagi setiap RM1 untuk dua kategori perbelanjaan ini, 54 sen untuk bayar faedah, 47 sen sahaja untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Setiap tahun, belanja bayar faedah yang ditanggung setiap rakyat secara purata adalah RM1,822 setiap rakyat, berbanding faedah bantuan sosial dan subsidi sebanyak
RM1,531 setiap rakyat.

“Maka, kita tidak boleh lari dari ancaman nombor satu kepada kesejahteraan rakyat dan negara di masa akan datang; iaitu kadar keberhutangan yang tinggi,” jelasnya.

Menurut Rafizi, setakat Jun 2025, kadar hutang dalam negeri dan luar pesisir adalah RM1.3 trilion, iaitu 64.7 peratus dari saiz ekonomi negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat