Bung Moktar akui berlaku komplikasi bila PH main dua kolam

MEROTAI – Strategi Pakatan Harapan (PH) bermain dua kolam dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) kali ini mengundang kepada komplikasi kepada rakan sekutunya,Barisan Nasional (BN).

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui komplikasi yang berlaku impak daripada taktikal politik main dua kolam antara PH-BN dan PH-GRS ini menimbulkan keraguan.

“Masalah tidak ada tapi ada komplikasi ada sedikit keraguan.

“Itu kita bincang penuh bersemangat tadi. Cuma kita cuba cari pendekatan mengatasi masalah ini.

“Bukan kurang percaya tapi ada komplikasi,” jelas Adun Lamag itu pada sidang media di Kota Kinabalu malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan memaklumkan bahawa BN Sabah berhasrat untuk merebut 48 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Selaku Ketua BN Sabah, Bung Moktar juga mengumumkan hampir 81 peratus calon parti itu merupakan calon muka baru dan juga anak muda.

“Semua komponen BN seperti MCA, PGRS kita bagi kerusi.

“Tapi PRN kali ini kita akan buat beberapa perjanjian dengan calon-calon dan saya cukup yakin calon kali ini kita pilih mereka yang ada kesetiaan dalam parti.

“(Kesetiaan) ini yang kita lihat selama ini dalam pembangkang pun mereka tidak goyang jadi saya yakinlah. Bukan macam calon-calon yang dulu menjadi pengkhianat, katanya sambil menegaskan BN Sabah kekal dengan PH dalam kerjasama demi kestabilan.

Menurut beliau lagi, Umno Sabah telah bersedia 100 peratus untuk menjadi kerajaan negeri untuk memperbetulkan masa depan Sabah itu sendiri.

Bung Moktar juga memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tiga serangkai di Sabah iaitu air, elektrik dan jalan rosak dalam tempoh 3 tahun pentadbiran.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat