Teruskan perang hingga capai semua matlamat, ikrar Netanyahu

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan, negaranya akan terus berusaha mencapai semua objektif perang, sempena ulang tahun serangan 7 Oktober di selatan Israel.

Dalam kenyataannya, Netanyahu menyifatkan 2 tahun kebelakangan ini sebagai “perang untuk kewujudan dan masa depan Israel”.

Beliau mendakwa, Israel telah “mengubah landskap Asia Barat” dan melemahkan kekuatan kumpulan yang disokong Iran di rantau itu.

“Kita berada dalam hari-hari penentuan yang penting,” lapor Agensi.

“Israel akan terus bertindak bagi mencapai semua matlamat perang termasuk membebaskan semua tebusan, menghapuskan pemerintahan Hamas, serta memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.”

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung, yang mencadangkan Israel menarik keluar pasukannya dari Gaza dan menamatkan perang secara kekal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat