Northern Festival Of Speed – Pesta permotoran terbesar cetus fenomena di Pulau Pinang

Karnival permotoran terbesar di utara tanah air, Northern Festival Of Speed (NFOS) bukan sekadar pesta automotif ia menjadi simbol perubahan landskap industri automotif tempatan yang kini semakin cenderung ke arah teknologi hijau serta gaya hidup moden berteraskan mobiliti lestari.

Bertempat di Penang International Commercial and Cultural Arena (PICCA), Butterworth, acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Oktober ini menjadi titik pertemuan lebih 70,000 pengunjung dari seluruh negara serta negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

Menariknya, penganjuran NFOS ini turut memperlihatkan kesungguhan pemain industri automotif tempatan dalam mendukung aspirasi kerajaan ke arah mobiliti hijau. Penaja utamanya, Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH) tampil bukan sekadar sebagai penyokong acara, malah sebagai penggerak utama agenda transformasi teknologi elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PMH, Izwan Mazlan, berkata komitmen mereka terhadap acara ini bukan hanya bersifat komersial tetapi juga sebagai usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan beralih kepada teknologi hijau yang lebih mesra alam.

“Kami mahu menjadi pelaksana dan penyumbang kepada perubahan ini. Melalui NFOS, kami memperkenalkan motosikal elektrik LION G1 GGR EV hasil keluaran pengilang bumiputera yang kini mendapat sambutan luar biasa. Ini bukan sekadar pameran, tetapi satu langkah kecil menuju revolusi hijau automotif Malaysia,” katanya.

PMH turut menampilkan pameran kereta-kereta import recond serta membuka peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri motosikal elektrik GGR EV di tapak pameran.

NFOS 2025 juga menjadi medan pertemuan komuniti anak muda penggemar dunia automotif. Penganjurnya, Faris Azri (Choii Motorsports) dan Muhammad Hadzimi (Northernspeedo) berkata, objektif utama acara ini adalah untuk merakyatkan dunia automotif supaya tidak hanya tertumpu kepada golongan profesional atau pemilik kenderaan mewah.

“Kami mahu wujudkan suasana inklusif  dari peminat kereta ‘stance’, pelumba ‘drift’, hinggalah keluarga yang mahu berhibur. NFOS bukan sekadar festival, ia satu komuniti,” jelas Faris.

Gabungan antara pameran, hiburan, gaya hidup, serta aktiviti keluarga menjadikan NFOS lebih daripada sekadar pameran automotif. Program ini menggabungkan aktiviti seperti taxi drift, 2 step competition, limbo stance, dan car show, diserikan dengan konsert malam melibatkan artis rock dan band popular seperti XPDC, Cherpen, 53 Universe, K.O.I dan lain-lain.

Pemilihan PICCA Butterworth sebagai lokasi bukan kebetulan, kawasan itu dilihat sebagai tapak strategik untuk pembangunan acara automotif berskala besar di utara Semenanjung. Dengan keluasan dan kemudahan logistik yang baik, ia mampu menampung puluhan ribu pengunjung setiap hari.

Lebih menarik, kehadiran ramai pempengaruh dan ikon automotif tempatan seperti Motor Maniac, Uncle Shah, Nim 199, Retro Havoc, Alie Kuoppa, Abe Mey Sarman Printing, Narock, Bateriku, dan ESR turut memberi lonjakan besar dari segi publisiti dan tarikan.

Keterlibatan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa ini menunjukkan potensi besar Pulau Pinang sebagai hab utama aktiviti automotif dan gaya hidup di rantau utara.

Bagi memberi nilai tambah kepada pengunjung, PMH turut menawarkan cabutan bertuah paling lumayan dalam sejarah penganjuran festival automotif di Malaysia, dengan tiga buah kereta sebagai hadiah utama, sebuah Mercedes A-Class (W177 Unregister) bernilai RM200,000, Nissan 350Z, dan Honda Civic FD.

Dengan hanya tiket masuk RM15, pengunjung bukan sahaja berpeluang memenangi kereta mewah tetapi juga menikmati aktiviti-aktiviti eksklusif sepanjang festival berlangsung.

Kesan limpahan ekonomi daripada penganjuran NFOS turut dirasai masyarakat setempat, khususnya peniaga kecil, hotel, dan sektor pelancongan sekitar Butterworth. Acara yang berlangsung selama tiga hari ini memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan melalui peningkatan tempahan penginapan, permintaan makanan, serta aktiviti pelancongan sampingan.

Lebih penting, NFOS 2025 membuka ruang kepada generasi muda untuk melihat dunia automotif bukan sekadar hobi, tetapi juga sebagai peluang keusahawanan dan kerjaya yang berpotensi tinggi.

Seiring dengan perubahan global, acara seperti NFOS dilihat sebagai platform penting untuk memperkenalkan teknologi baharu seperti kenderaan elektrik (EV), sistem pemanduan pintar, serta inovasi industri tempatan.

Dengan sokongan syarikat-syarikat bumiputera seperti PMH dan GGR, Malaysia dilihat semakin hampir ke arah menjadi peneraju industri automotif hijau di Asia Tenggara.

“Inilah masa depan automotif bukan lagi sekadar enjin dan kelajuan, tetapi juga inovasi, kesedaran alam sekitar, dan nilai komuniti,” ujar Izwan penuh optimis.

Dengan sambutan yang luar biasa dan matlamat yang jelas ke arah pembangunan industri hijau, Northern Festival Of Speed 2025 bukan hanya satu pesta permotoran  ia lambang transformasi budaya automotif Malaysia ke arah yang lebih maju, lestari, dan berdaya saing di peringkat global.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat