Aktivis GSF ditahan Israel akan diterbangkan dari Turkiye sehari, dua lagi – Anwar

KUALA LUMPUR- Seramai 23 rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel kerana mengikut misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka dibawa keluar dari negara haram itu melalui Turkiye dalam masa satu atau dua hari lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menyampaikan permintaan itu kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan dalam perbualannya semalam.

Anwar berkata, beliau meminta Erdogan untuk membawa semua rakyat Malaysia yang ditahan bersama aktivis Turkiye ke Istanbul sebelum dibawa pulang ke tanah air.

“Saya sudah minta jasa baik Erdogan untuk bawa (aktivis Malaysia keluar) ke mana-mana sempadan (dengan Israel) dan bawa ke Istanbul dan dari Istanbul kita bawa pulang,” lapor Utusan pada Jumaat.

Anwar menjelaskan, semua aktivis Malaysia itu dijangka akan keluar menerusi satu pesawat dari Israel bersama dengan aktivis Turkiye yang turut ditahan Israel semalam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat