UPNM Catat Rekod 1,590 Pelajar Baharu – Isyarat Keyakinan Terhadap Universiti Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR,- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencatat sejarah baharu apabila menerima 1,590 pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2025/2026, jumlah kemasukan tertinggi sejak penubuhannya pada 2006.

Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi Hj Ahmad, berkata peningkatan itu menunjukkan keyakinan generasi muda dan ibu bapa terhadap UPNM sebagai institusi pertahanan strategik negara di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Masuk UPNM bukan sekadar memasuki universiti, tetapi medan pembentukan jiwa, akal dan kepimpinan,” katanya ketika merasmikan Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) dan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu di Dewan Theatrette UPNM pagi tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap pelajar UPNM merupakan “modal insan strategik” yang akan menyumbang kepada Agenda Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) serta masa depan negara.

UPNM kini digerakkan melalui Pelan Strategik UPNM30 dan falsafah H.E.L.A.N.G, bagi melahirkan “Intellectual Leaders of Character” yang mempunyai disiplin, integriti dan patriotisme tinggi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat