Kerajaan sedang kumpul data pengendali bot di Sabah, Sarawak untuk layak nikmati BUDI95

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani juga telah bersetuju untuk mempertimbangkan supaya pengendali bot terutamanya di Sabah and Sarawak layak untuk harga bersubsidi.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, kerajaan sedang bekerjasama dengan agensi dan kerajaan negeri berkenaan (Sabah dan Sarawak) bagi mengumpul data pemilik bot supaya pengguna tersebut tidak tercicir daripada menikmati manfaat BUDI95.

Ujarnya, Kerajaan Madani ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penerima BUDI95 yang telah memanfaatkan inisiatif ini.

“Setiap liter membawa seribu makna kepada setiap rakyat Malaysia. Inilah tanda penghargaan Kerajaan Madani, agar rakyat sentiasa dilindungi.

“Kerajaan Madani akan memastikan pelaksanaan dasar ini terus segar dan dimantapkan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa.

Dalam perkembangan sama kata beliau, berdasarkan had kelayakan 300 liter, setiap individu menerima manfaat subsidi yang mencecah RM183 sebulan.

“Langkah ini membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam mengotakan janji untuk melindungi rakyat dengan memastikan mereka terus menikmati petrol RON95, ditambah dengan penjimatan bagi meringankan beban rakyat.

“ Selain itu, bagi pemandu e-hailing, Kerajaan akan berurusan dengan Penyedia Perkhidmatan E-hailing (EHO) bagi mengenal pasti pemandu yang layak untuk had kelayakan tambahan untuk petrol bersubsidi.

“Kementerian Kewangan bersama APAD akan memuktamadkan proses permohonan had kelayakan tambahan dengan pihak EHO pada minggu ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat