Tragedi di Sekolah Negeri Sembilan, Menteri Pendidikan Tegaskan Tiada Kompromi Keselamatan

CYBERJAYA – Menteri Pendidikan menzahirkan rasa dukacita serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga seorang murid yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembetungan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan hari ini.

Beliau menegaskan, tragedi itu amat menyayat hati kerana sekolah seharusnya menjadi ruang yang paling selamat untuk anak-anak menimba ilmu, bukan sebaliknya.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan siasatan berhubung kejadian tersebut. Sekiranya terbukti terdapat kelalaian atau ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), pihak terbabit akan dikenakan tindakan tegas.

“Kejadian ini sangat mendukacitakan. Sekolah perlu menjadi ruang paling selamat untuk anak-anak.

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat kejadian ini. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pihak pentadbiran sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pejabat pendidikan negeri (JPN) agar memainkan peranan sepenuhnya bagi memastikan fasiliti di sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

“Ingin saya pertegaskan, semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan pejabat pendidikan negeri perlu bertanggungjawab memastikan fasiliti di institusi pendidikan berada dalam keadaan selamat.

Tiada kompromi terhadap aspek yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan,” tegas beliau.

Insiden berkenaan sekaligus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan infrastruktur di sekolah, dan KPM berikrar untuk memperketatkan pemantauan agar tragedi seumpama ini tidak berulang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat