Berita Baik Untuk Sabah Akan Diumumkan 10 Oktober – Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Sabah akan menerima pengumuman penting dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan pimpinannya mempunyai mandat untuk melaksanakan perkara yang memberi manfaat besar kepada rakyat, termasuk inisiatif yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

“Belanjawan negara, insya-Allah saya akan umum untuk Malaysia, untuk Sabah akan ada pengumuman yang baik pada 10 Oktober ini,” katanya menurut laporan Berita Harian ketika berucap pada sebuah majlis di sini.

Dalam ucapannya, Anwar turut menekankan kejayaan kerajaan meluluskan cadangan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak, tuntutan yang menurutnya telah diajukan sejak lebih enam dekad lalu.

“Baru-baru ini ada mesyuarat di Kuching bincang mengenai tambah cadangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, sejak 1963 itu yang diminta setiap tahun.

Dalam mesyuarat itu saya umumkan, dengar baik-baik siapa yang janji tambah kerusi Sabah dan Sarawak, siapa yang luluskan, perdana menteri sekarang yang luluskan penambahan kerusi Sabah Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup melalui pelbagai bentuk bantuan. Antara langkah yang disebut termasuk peruntukan besar untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain kenaikan gaji penjawat awam.

“Sebahagian besar terima STR dan SARA setiap bulan masuk, berapa setahun STR untuk semua rakyat? RM15 bilion.

Berapa ramai penjawat awam, guru dan sebagainya kita naik gaji, tahun ini tambah RM10 bilion, tahun depan RM18 bilion,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat