“Memang tiada pangkalan melatih, apatah lagi dijadikan sebagai pengkalan Hamas” – Zahid

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang pusat operasi atau pangkalan untuk melatih pejuang Hamas di negara ini, meskipun Malaysia lantang menyuarakan isu berkaitan Palestin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan pemantauan agar tahap keselamatan negara sentiasa terjamin.

“Memang tiada pangkalan melatih, apatah lagi dijadikan sebagai pengkalan Hamas. Ini adalah tuduhan yang telah dinafikan oleh Ketua Polis Negara.

“Kita memang mempunyai unit pemantauan keganasan di bawah PDRM, khususnya di cawangan khas E9,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute, di Bandar Baru Bangi, lapor Utusan pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer mendakwa Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.

Menerusi satu hantaran di platform X, Jonathan turut mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian.

Kritikan tersebut muncul selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan menggesa supaya hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza terus dihancurkan, manakala Tebing Barat dirampas.

Zahid berkata, sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan adalah mustahil Malaysia dijadikan sebagai pangkalan Hamas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat